Jumlah Paparan Halaman

Tajuk pilihan

Sabtu, 27 Jun 2015

Mengenai Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM 14/15) Bahagian Dua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kembali kepada bahagian yang kedua. Harap-harap pembaca tidak bosan dengan penulisan saya yang berjela-jela ini ya! Ok, kalau bahagian pertama saya sentuh mengenai pengenalan dan syarat-syarat kemasukan, kali ini saya akan tulis mengenai subjek-subjek yang akan anda belajar di PASUM. Lupa nak cakap, saya ini lepasan Asasi Sains Hayat ok! Saya akan cuba tulis post tanpa berat sebelah ya!

Sebelum itu, pasti anda hendak tahu mengenai tempoh masa pengajian PASUM. Baiklah, di sini, sistem semester digunakan. Satu semester lebih kurang 5 bulan gitu. Itu tak termasuk cuti semua ya. Oh satu lagi, kalau anda dah masuk PASUM ini, jangan mimpilah nak dapat cuti banyak macam PALAM (Pusat Asasi Sains Puncak Alam, UiTM). Cuti semester pun cuma 2 minggu. Reda jelah!!!Dekat PASUM ini, anda perlu berusaha keras untuk mendapat gred yang baik. Tak ada masa nak main-main ya!

                  P/S: Benda ini saya jumpa di Bilik Tutorial (BT) 1. Hehe Senior tulis agaknya

Sebelum saya tulis dengan lebih lanjut, kalau anda hendak masuk PASUM, be serious, no more playing, leave anything unnecessary behind. In PASUM, you gotta focus on your study if you want to get good results. In PASUM, YES, you will get stressed a lot. But it’s for your own future! Even though PASUM could be hard, if you managed yourself good, In Sha Allah you’ll get good memories here.

Baiklah, boleh pula saya membebel ya! Hahaha, bukan apa, nak tunjuk yang PASUM ini extreme. Jujur saya cakap, kalau boleh putarkan masa balik, saya tak nak masuk PASUM. Ok ok, cukup….sekarang pula saya hendak membebel fasal semester. Saya ringkaskan terus ya. Kalau banyak sangat ayat, pening pula kamu semua hendak membaca.

-Asasi Pengajian Islam = Dua Semester Biasa dan Satu Semester Khas (Jangan tanya saya mengenai semester khas ya! Saya tidak tahu)
-Asasi Pengajian Islam dan Sains = Empat Semester
-Asasi Sains Hayat = Dua Semester
-Asasi Sains Fizikal = Dua Semester
-Persediaan Khas ke Jepun = Empat Semester

Hah, sekarang dah tahukan berapa semester yang anda perlu lalui kan. Oh ya, sebelum saya terlupa, saya hendak cerita mengenai elaun pelajar asasi! Ya, betul kita ada elaun KPM beri.
Baik saya ringkaskan

-Elaun untuk setiap semester ialah RM 1250 (RM 625 bagi semester khas)

Untuk yuran-yuran yang perlu pelajar bayar, saya tidak akan jelaskan secara terperinci, mengikut risalah UM yang saya ada ini,
-RM 827.50 perlu dibayar untuk Pelajar Asasi Sains Hayat
-RM 782.50 perlu dibayar untuk Pelajar Asasi Sains Fizikal
(P/S : Jangan tanya saya kenapa Hayat perlu bayar lebih daripada Fizikal)
-RM 610 perlu dibayar untuk Pelajar Asasi Pengajian Islam
-RM 862 perlu dibayar untuk Pelajar Asasi Pengajian Islam dan Sains
(P/S : Jumlah mungkin berubah pada masa/sesi akan datang)

Ok, sampailah kita kepada main poin post ini, iaitu subjek-subjek yang akan pelajar PASUM belajar. Sebelum itu, sistem semester ini menggunakan jam kredit (kredit hour/KT). Senang cerita jam kredit itu akan digunakan untuk kira GPA/CGPA korang nanti. Ok jom kita usha-usha subjek-subjek yang korang kena belajar. Oh sebelum itu, setiap subjek ada kod-kod dia tersendiri ya. Nanti korang tahu sendirilah.

ASASI PENGAJIAN ISLAM
  Semester 1
       -English for MUET (3 KT)
       -Ulum Al-Quran Wa Al-Hadith (2 KT)
       -Praktikal Ibadat (2 KT)
       -Ahadiat Mukhtarah (2 KT)
       -Nahu Permulaan (2 KT)
       -Sarf Permulaan (2 KT)
       -Balaghah Asas (2 KT)
       -Maqal Permulaan (2 KT)
       -Mutala’ah Asas (2 KT)
       -Muhadathah Asas (2 KT)
       -Nasyatat Asas (0 KT)
       -Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah I (2 KT)
                Jumlah jam kredit: 23

  Semester 2
       -Reading in English for Academic Purposes (3 KT)
       -Al-Tasawwur Al-Islami (2 KT)
       -Madkhal Al-Aqidah Al-Islamiyyah (2 KT)
       -Usul Al-Syariah (2 KT)
       -Nahu Pertengahan (2 KT)
       -Sarf Pertengahan (2 KT)
       -Balaghah Lanjutan (2 KT)
       -Maqal Pertengahan (2 KT)
       -Mutala’ah Lanjutan (2 KT)
       -Nasyatat Lanjutan (0 KT)
       -Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah II (2 KT)
                Jumlah jam kredit: 21

  Semester 3/Khas
       -Fiqh Al-Sirah (2 KT)
       -Nahu Lanjutan (2 KT)
       -Sarf Lanjutan (2 KT)
       -Maqal Lanjutan (2 KT)
       -Muhadathah Lanjutan (2 KT)
                Jumlah jam kredit: 10


ASASI PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS
P/S:Semester 1 & 2 belajar di APIUM Nilam Puri. Semester 3 & 4 belajar di kampus utama UM KL
  Semester 1
       -English for MUET (3 KT)
       -Qawaid Al-Lughah Al-Arabiyyah (4 KT)
       -Maharah Al-Kitabah (2 KT)
       -Maharah Al-Kalam (2 KT)
       -Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith (2 KT)
       -Praktikal Ibadat (2 KT)
       -Ahadith Mukhtarah (2 KT)
       -Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah I (2 KT)
                Jumlah jam kredit: 19

  Semester 2
       -Reading in English for Academic Purposes (3 KT)
       -Al-Arabiyyah Li Al-Ulum Wa Al-Tiknulujiyya (2 KT)
       -Al-Balaghah (2 KT)
       -Al-Tasawwur Al-Islami (2KT)
       -Madkhal Al-Aqidah Al-Islamiyyah (2KT)
       -Usul Al-Syariah (2 KT)
       -Fiqh Al-Sirah (2 KT)
       -Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah II (2 KT)
                Jumlah jam kredit: 17

Semester 3
       -Algebra dan Geometri (3 KT)
       -Kalkulus (3 KT)
       -Kimia Asas 1 (3 KT)
       -Kimia Asas 2 (3 KT)
       -Biologi Sel + (3 KT)
       -Pembiakan, Ekologi dan Perkembangan Organisma + (3 KT)
       -Sains Komputer 1 * (3 KT)
       -Fizik Asas 1 * (3 KT)
       -Fizik Asas 2 * (3 KT)
                Jumlah jam kredit: +18 / *21

  Semester 4
       -Algebra dan Kalkulus (3 KT)
       -Statistik dan Kebarangkalian (3 KT)
       -Teknologi Maklumat (1 KT)
       -Kimia Asas 3 + (3 KT)
       -Kimia Asas 4 + (3 KT)
       -Fisiologi Organisma + (3 KT)
       -Genetik dan Teknologi DNA + (3 KT)
       -Sains Komputer 2 * (3 KT)
       -Fizik Asas 3 * (3 KT)
       -Fizik Asas 4 * (3 KT)
                Jumlah jam kredit: +19 / *16

(PERHATIAN: + ialah untuk pelajar pengkhususan Sains Hayat, * pula untuk pelajar pengkhususan Sains Fizikal)


ASASI SAINS HAYAT
  Semester 1
       -Biologi Sel (3 KT)
       -Pembiakan, Ekologi dan Perkembangan Organisma (3 KT)
       -Kimia Asas 1 (3 KT)
       -Kimia Asas 2 (3 KT)
       -Fizik Asas 1 (3 KT)
       -Fizik Asas 2 (3 KT)
       -Algebra & Geometri (3 KT)
       -Kalkulus (3 KT)
       -Bahasa Inggeris untuk MUET (3 KT)
       -Pembinaan & Pemantapan Jati Diri (1 KT)
                Jumlah jam kredit: 28

Semester 2
       -Fisiologi Organisma (3 KT)
       -Genetik & Teknologi DNA (3 KT)
       -Kimia Asas 3 (3 KT)
       -Kimia Asas 4 (3 KT)
       -Fizik Asas 3 (3 KT)
       -Fizik Asas 4 (3 KT)
       -Algebra & Kalkulus (3 KT)
       -Statistik & Kebarangkalian (3 KT)
       -Pembacaan Bahasa Inggeris untuk Pengajian Akademik (3 KT)
       -Teknologi Maklumat (1 KT)
                Jumlah jam kredit: 28


ASASI SAINS FIZIKAL
  Semester 1
       -Vektor (3 KT)
       -Sains Komputer 1 (3 KT)
       -Kimia Asas 1 (3 KT)
       -Kimia Asas 2 (3 KT)
       -Fizik Asas 1 (3 KT)
       -Fizik Asas 2 (3 KT)
       -Algebra & Geometri (3 KT)
       -Kalkulus (3 KT)
       -Bahasa Inggeris untuk MUET (3 KT)
       -Teknologi Maklumat (1 KT)
                Jumlah jam kredit: 28

 Semester 2
       -Sains Komputer 2 (3 KT)
       -Matematik Kejuteraan (3 KT)
       -Kimia Asas 3 (3 KT)
       -Kimia Asas 4 (3 KT)
       -Fizik Asas 3 (3 KT)
       -Fizik Asas 4 (3 KT)
       -Algebra & Kalkulus (3 KT)
       -Statistik & Kebarangkalian (3 KT)
       -Pembacaan Bahasa Inggeris untuk Pengajian Akademik (3 KT)
       -Pembinaan & Pemantapan Jati Diri (1 KT)
                Jumlah jam kredit: 28


RANCANGAN PERSEDIAAN KHAS (JEPUN)
  Semester 1 / 2 /3 /4
       -Japanese Language 1 / 2 / 3 / 4
       -English 1 / 2 / 3 / 4
       -Chemistry 1/ 2 / 3 / 4
       -Physic 1 / 2 / 3 / 4
       -Mathematics 1 / 2 / 3 / 4



Akhirnya, habis juga post fasal PASUM Bahagian 2 ini. Untuk Bahagian 3 dan seterusnya, saya hanya akan fokus kepada Asasi Sains Hayat dan menyentuh sedikit mengenai Asasi Sains Fizikal. Sekian, Wassalam. Dah sakit jari runcingku (runcing ke?) tulis post panjang berjela macam ini.

35 ulasan:

  1. bidang ijazah dia luas tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Luas sangat2 sebab Asasi ini merupakan foundation kepada sciences yang akan di belajar pada peringkat ijazah nanti. Nak pergi ke sastera pun boleh tapi tak digalakkan sebab dah berhempas pulas belajar fasal sains.

      Padam
    2. Klau lepas habis asasi, mcm mne nk sambung degree?? adakah tempoh pembelajarn degree sme mcm yg amik diploma atau lebih beberapa thn??

      Padam
  2. Saya nak Tanya, adakah soalan exam Kat pasum dalam bahasa English atau dwibahasa ???? Klau 8A 1D yang D tu bahasa English bolehkah masuk pasum ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan final exam dalam dwibahasa. Namun, quiz2 yang dijalankan dalam waktu tutorial(kelas) bergantung kepada lecturer. Hmm in sha Allah mungkin boleh tu tapi mungkin susah sedikitlah kalau nak masuk. Sebab pengajaran dan pembelajaran majoriti diajar dalam bahasa Ingggeris.

      Padam
  3. Subjek yang diajar menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nota kuliah akan diberi dalam bahasa Inggeris. Kalau kuliah, pensyarah mungkin akan gunakan dwibahasa. Bergantung kepada pensyarah juga.

      Padam
  4. Kalau saya diterima masuk ke pasum untuk ambil asasi sains fizikal, boleh x mohon bidang perubatan di peringkat ijazah di um seperti biomedic?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mostly tak boleh sebab asasi sains fizikal lebih berteraskan kepada engineering. Lagipun sains fizikal tak ambil subjek Biologi which is very important untuk bidang2 yang saudara nyatakan. Harap dapat membantu.

      Padam
    2. Terima kasih Saudara Asyraf.

      Padam
  5. Sedih lah pembuka post dah negatif , kita ni dah semangat nak masuk PASUM , hehe .sokay, will take dat as a negative reinforcement ek? kah. i hope u survived ur semesters in PASUM . Pray for me to be admitted into PASUM . want it so badly .. tak dapat takpe, perancangan Allah itukan lebih baik hehe. In sya ALLAH, Aminnn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha....I'm sorry for that but that is the truth. tapi nanti masa awak degree nanti memang membantu sangat2 kalau awak betul2 terpilih masuk PASUM. Seriously I speak based on experience. Rasa macam kita lagi advance dari budak2 lain. hehehe... Anyways I do wish you luck, moga2 dapat masuk PASUM and create many memories. Amin
      P/S: Sebenarnya saya dah abis PASUM dah, kira macam alumnilah. Hehehe

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Salam Sdr Asyraf,
    1) Sekrg Sdr menuntut di mana?
    2) Boleh berikan tips utk berjya dgn cemerlang bila bljr di PASUM..mksd sya dpy mndpt cgpa yg bagus dan dpt di terima smbg degree di UM juga..
    3) Btw...brp cgpa yg perlu di perolehi spy di terima utk smbg degree di UM?
    Tqia ye Sdr Asyraf..
    Slmt mj jy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Asyraf for your info, I agreed with you memang study di pasum very stressful, mcm I dulu mati hidup semula heheheh, though my daughter now got straight As pun I tak encourage dia pursuing foundation in PASUM,and I suruh dia choose PALAM, Sampai sekarang dia kata kawan kawan dia gelak kan dia kenapa choose PALAM, I kata kat dia "let them be" we have our own objective chosed PALAM.

      Padam
    2. Im sorry untie gloria , but stress sngat ke study kat sana ? Memang klau masuk akan menyesal eh ? And apa beza PALAM and PASUM . PALAM lg relax eh ? Harap dpt balas :) :)

      Padam
  8. Assalam...
    Nk tanya,klu kita pelajar asasi sains fizikal kt um ni...waktu degree nnti nk ambik kos sains matematik boleh ker? Terima kasih

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum nk tnya.. kelayakan untuk msum pasum ni macam mana? means like berapa A.. mcam tu laa.. foundation after SPM kan??

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum nk tnya.. kelayakan untuk msum pasum ni macam mana? means like berapa A.. mcam tu laa.. foundation after SPM kan??

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum nk tnya.. kelayakan untuk msuk pasum ni macam mana? means like berapa A.. mcam tu laa.. foundation after SPM kan??

    BalasPadam
  12. Nyesal dah aihhh masuk pasum, stress bebeno. Tapi tkleh buat apa dah. Dah nak final pun :")

    BalasPadam
  13. assalamualaikum.saya nk tnye ape beza sains hayat dan sains perubatan (asasi)?

    BalasPadam
  14. assalamualaikum. asasi sains fizikal sama ke dengan asasi kejuteraan?

    BalasPadam
  15. Kalau saya ambik Sains Hayat, boleh ke saya sambung Degree dalam bidang Psikologi? Thanks! :)

    BalasPadam
  16. yg program persediaan ke jepun ni under program apa and siapa yg taja?

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Saya dapat A+ untuk kimia, math. A untuk bm, agama. A- untuk bio, sej. B+ bi, fizik. C+ addmath. Agak² boleh dapat tak masuk asasi sains hayat mana2 u ?

    BalasPadam
  19. terima kasih sbb sudi kongsi maklumat ..

    BalasPadam
  20. terima kasih sbb sudi kongsi maklumat ..

    BalasPadam
  21. NAK TANYA .. JIKA ENGLISH SAYA C+ BUT SUB SCIENCES SAYA YG LAIN STRONG .. BOLEH KE APPLY OR DAPAT CHANCE ASASI SAINS FIZIKAL UM NI ? HUHU MOHON JAWAB N BAGI SEDIKIT TIPS OR CARA LAIN TUK MASOK PASUM .. TERIMA KASIH

    BalasPadam
  22. Alumni asasi fizikal boleh sambung degree in what kind of course ? N mmang akan sambung degree di um or boleh sambung degree di tempat lain ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..untuk pljr lepasan pasum boleh masuk mn2 u yg diingini (jika cukup syarat) brbeza dgn assi u lain yg hanya boleh smbung u trsebut..n assi sains fizikal brkaitan engineering:)

      Padam
  23. Klau lepas asasi sains hayat sambung farmasi boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assi sains hayat ni boleh pegi kpd beberapa cabang n x semestinya untuk medic shj..farmasi? Boleh:)

      Padam
  24. utk dpt elaun asasi um, perlu isi borang apa?

    BalasPadam